16 April 2011

*Doa Muslimah Buat Seorang Lelaki


YA RABBI...

Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku,
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu,
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau,
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu,
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu,
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia,
Seorang lelaki yang memiliki hati yg bijak bukan hanya sekadar otak yg cerdas,
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku,
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah,
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku,
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi,
Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya,
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya,
Seorang lelaki yang memerlukan doaku utk kehidupannya,
Seorang lelaki yang memerlukan diriku utk membuat hidupnya menjadi sempurna,
Dan aku memohon ya ALLAH..

Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-Mu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku,berikn kepadaku tangan supaya aku mampu berdoa untuknya,kurniakan aku bicara yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-Mu dan pemberi semangat kepadanya... AMIN YA RABBAL ALAMIN

03 February 2011

*Hanya Padamu Yang Aku Cinta

Lagu: Hanya Padamu
Penyanyi: Qiara

Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

( korus )
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci

27 January 2011

*APIT; DETIK TERINDAH


*Pura2 Bahagia Dengan Pilihan Keluarga???

Aku nie xdelah minat sangat dengar & tengok semanis kurma@tv9 yang disiarkan setiap hari khamis tu.. Aku just tengok kalau topiknye sangat2 menarik & tertarik hati aku tok tengok... Malam nie topik memang sangat2 menarik iaitu *PuRa2 BaHaGia ; PiLiHan KeLuarGa*... 2 input yang aku dapat lepas tengok semanis kurma nie;

Input pertame;

Pilihan keluarga merupakan pilihan yang terbaek buat anak2... Memang kite rase x kan bahagia dengan pilihan yang dibuat oleh makayah, tapi atas berkat doa & restu makayah InsyaAllah kebahagiaan tu akan tetap jadi milik kite... Sebab restu & doa makayah sangat2 diperkenankan oleh Allah... 

Janganlah kite anggap pilihan makayah adalah kurang tepat & kite x kan bahagia... Tu sume salah!!! Semua ibubapa di dunia ni mahukan yang terbaek tuk anak2 diorang so dari situ kite leh fikir ape jua pilihan yang dibuat oleh makayah kite adalah sangat2 terbaek buat diri kite...InsyaAllah ;)

Input kedua ;

Kalau korang dah ade buah hati, jangan lah takut nak informkan kat makayah korang terutamanye yang gurlz nie... Jangan pikir makayah x kan setuju ngan pilihan hati korang... Kalau ade, tunjuk & kenalkan pada makayah korang.. 

InsyaALlah, kalau pilihan korang jugak yang terbaek, pasti makayah korang jugak akan setuju... Bile dah setuju diorang pasti akan restu & doa yang baek2 buat korang & pasangan... So, jangan takut tuk ngaku yang korang nie dah ade buah hati kalau korang x nak kehilangan insan yang korang cintai...

So, tepuk dada tanyelah hati korang nak kawen pilihan makayah @ pilihan sendiri...

*10 Alasan Untuk Berpisah

Di sini diberikan 10 petanda untuk menilai sama ada hubungan anda perlu diteruskan atau tidak. Inilah masa yang sesuai untuk anda membuat keputusan....


1.Anda tidak selesa dengan diri sendiri sejak di awal perhubungan lagi. Perasaan keghairahan dan keseronokan dalam perhubungan semakin pudar dari minggu ke minggu, bulan ke bulan.

2.Anda dan teman-teman tidak lagi menghabiskan masa bersama-sama. Mungkin anda perlu menyedari bahawa ini adalah petanda rakan-rakan tidak menyukai anda meneruskan perhubungan dengan pasangan.

3.Anda selalu cuba untuk mempengaruhi orang-orang lain untuk bersama. Ini jelas menunjukkan anda memerlukan mereka untuk berkongsi masa bersama-sama. Petanda ini jelas menunjukkan bahawa anda tidak selesa untuk meluangkan masa bersama pasangan.

4.Menyambung semula dengan bekas kekasih. Ini merupakan satu petunjuk yang baik yang ada anda tidak mungkin perolehi daripada pasangan sekarang. Melainkan anda mempunyai beberapa hubungan aneh, kebanyakan bekas kekasih akan berhenti perhubungan pada peringkat emosional.

5.Hanya anda sahaja yang 'give and take' ketika di dalam perhubungan. Dalam setiap perhubungan memerlukan kedua-dua belah pihak perlu ada rasa tanggungjawab untuk kebaikan bersama. Jika anda mendapati anda tidak memperoleh apa-apa keuntungan dalam perhubungan itu adalah lebih baik perhubungan ini diputuskan.



6.Dalam sesuatu perhubungan, keserasian amatlah penting untuk memastikan perhubungan berjalan dengan lancar tambahan apabila anda mendapati pasangan anda tidak lagi mempunyai sifat lucu lagi malah ia lebih menyakitkan hati anda.

7.Kamu tidak lagi dapat 'melihat' sifat menarik dalam diri pasangan anda. Perkara ini memang nampak jelas kerana manusia apabila dilanda perasaan cinta akan sentiasa nampak keindahan pada insan yang mereka kasihi. Tetapi jika anda tidak mampu lagi melihat keindahan pada pasangan, ini menunjukkan perhubungan anda sedang dilanda masalah.

8.Anda cuba untuk menukar segalanya. Kebanyakan manusia akan cuba menerimanya pada peringkat awal, tetapi akan berkurangan keghairahan apabila perhubungan berada pada jangka masa panjang.

9.Anda mula membandingkan kekasih anda dengan insan lain. Jika anda selalu mengukur pasangan anda dengan insan lain, ini merupakan petanda anda perlu menghentikan perhubungan ini. Setiap orang mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri.

10.Anda tidak lagi mahu menghabiskan masa bersama-sama pasangan anda dan tidak lagi berminat untuk untuk bersembang atau bersemuka dengan pasangan ketika di luar kamar. Setiap masa anda rasakan seperti berada di dalam penjara.



*cpoy from utusan*

25 January 2011

*Hargailah pasangan anda...

*Mengapa di cari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman...Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tidak setulus Zulaikha...Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim, andai diri tidak sehebat Siti Hajar...Mengapa didamba teman sehidup yg sempurna Muhammad, jika ada keburukan pada diri sendiri...Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan*

Hargailah pasangan anda...! Tapi berape sgt lah yang sgt2 menghargai pasangan sendiri kan... Susah nak jage sesuatu hubungan sebenarnye... Sbb manusia ni mudah lupe, mudah leka, mudah cuai & sewaktu dengannye... Sebelum dapat, mati2 tackle tapi bile dah dapat, hurmmm nak jage supaya kekal payah ya amat... Sebelum dapat, mati2 leh terime kekurangan apepon tapi bile dah dapat, hurmmm mulelah potpet2 kurang tang itu kurang tang ini... Manusia2...,x pernah menghargai ape yg di depan mate & ape yang diciptakan untuknye... Perasan diri tu hebat untuk dapat yang sempurna... Apepon selalulah bersyukor, InsyaAllah yang terbaek & terhebat pasti untuk kite...

19 January 2011

*TenTang CinTa...

1 - Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2 - Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3 - Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4 - Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5 - Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6 - Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.


7 - Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8 - Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9 - Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10 - Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.
11 - Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12 - Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

15 January 2011

*CInTa MenuRut IsLam...

Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. 


Peringkat keutamaan CINTA;


1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin
Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa...

*MenGeNaLi LeLaKi & PeRemPuaN...



Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak
lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1. wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

org lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.


Wallahua`lam.
*copy from someone blog(thanks)*